PANDUAN UNTUK HAKIM PERTANDINGAN BUKU LOG

As salam .. Salam Sejahtera .. Salam Pengakap!

Terima kasih diucapkan di atas kesudian menawarkan diri sebagai hakim kepada Pertandingan Buku Log Lencana Jayadiri Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur 2021 yang telah berakhir pada 4 April 2021 yang lalu.

Selayang pandang, pertandingan buku log ini adalah kesinambungan kepada Kuiz Lencana Jayadiri yang telah diadakan dengan jayanya pada 21 Mac 2021 lepas. Laporan lengkap ada di SINI.

Seramai 78 orang dari 87 orang calon telah lulus kuiz tersebut dan melayakkan mereka ke pertandingan ini namun dari 78 calon yang lulus, hanya 56 calon sahaja yang telah memuat-naik buku log mereka ke platfom Anyflip.com untuk dinilai dan diberi markah.

56 orang calon ini secara dasarnya telah lulus Ujian Lencana Jayadiri Pengakap Remaja namun mereka perlu menyerahkan Buku Log Lencana Jayadiri kepada Guru Pengakap Sekolah untuk semakan dan pengesahan sebelum dianugerahkan dengan sijil lulus Lencana Jayadiri untuk dipakaikan diunifom Pengakap mereka.

Selepas ini, 56 orang calon ini akan dibimbing dan diberi panduan di dalam ujian-ujian Skim Latihan Pengakap Remaja sehinggalah ke peringkat Anugerah Pengakap Raja pada tahun hadapan.

Oleh yang demikian, penilaian ini adalah untuk menentukan 13 penyertaan terbaik yang akan menentukan pencapaian tempat pertama, kedua, ketiga dan 10 penyertaan saguhati.

Berikut adalah panduan untuk membantu dalam pemberian markah:

1.    Di bahagian kiri, kelihatan 56 pautan yang mewakili 56 calon. Apabila diklik pautan tersebut, ia akan ke halaman pemarkahan dalam format Google Form dan di bawahnya buku log calon menggunakan platfom Anyflip.com

2.    Untuk bermula, pilih Nombor Siri Calon mengikut nombor siri yang tertera di bahagian kira atas Google Form tersebut.

3.    Terdapat 8 soalan pemarkahan yang akan diambil berdasarkan Skim Latihan Lencana Jayadiri Pengakap Remaja. 2 soalan pemarkahan lagi bergantung kepada hakim untuk memberikan markah. 2 soalan pemarkahan ini bakal menentukan pencapaian tempat pertama, kedua, ketiga dan 10 penyertaan saguhati. Kesemua 10 soalan ini mewakili 50 markah.

4.    Mohon kerjasama penilai untuk melengkapkan pemarkahan kesemua 7 calon bagi memberi keadilan sama rata mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Aziz Wahab
Ketua Unit Pengakap Remaja
PPM Seremban Timur